Friday, 6 May 2011

Hallyu Wave part 2

haaa...ni aku nak sambung citer pasal virus Korea...dalam part 1, aku ade beritahu yang aku minat Korea sebab muzik Kpop yang memang best dan K-drama yang best...sekarang ni pula aku nak sambung part 2 pulak...kenape ya Hallyu Wave ni terus berkembang ye?.. :)


BAHASA KOREA
Bahasa Korea merupakan salah satu tarikan kepada peminat Kpop dan Kdrama. Ya lah, kalau kita tengok drama korea dengan lagu korea,paham pulak. So,korang semua kenalah rajin sikit, cari makna dan belajar di situ. Bahasa korea ni memang unik dan Kim rase enjoy bila dengar percakapan orang Korea. Disebabkan peminat Kpop dan Kdrama/KMovie ramai di seluruh dunia, mereka secara tidak langsung terdedah dengan bahasa Korea, dan dari situ mereka mengenali dan belajar bahasa Korea. Ini menunjukan Bahasa Korea ini antara penyebab Hallyu Wave berkembang.









FASHION
Tak disangkal lagi,penangan idol-idol dari Korea telah menyebabkan ramai meniru gaya artis kesayangan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa fashion dari Korea memang cantik,trendy, dan bergaya. Pakaian yang berkualiti dan bergaya menjadi pilihan para idol di Korea. Pakaian yang dipakaikan oleh idol Korea kebanyakkannya jenama mewah seperti Gucci,Prada,Adidas, MCM dan banyak lagi. Ikutan fesyen menyebabkan fashion dari Korea menjadi ikutan terbesar untuk peminat-peminat khususnya.
































ORANG KOREA
Orang Korea memang terkenal dengan plastic surgery namun disini saya hndak berkata,tidak semua melakukan plastic surgery. Ada juga dilahirkan dengan rupa paras yang cantik sejak lahir. Korea memang terkenal dengan orang-orang yang ramah dan baik. Orang korea kebanyakkannya tidak pandai berbahasa Inggeris kerana Korea lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka sendiri. Orang Korea terkenal dengan rupa paras yang cantik dan kacak. Ini tidak terkecuali menunjukkan orang korea juga menyumbang kepada Hallyu Wave.


MAKANAN KOREA
Makanan Korea juga tidak terkecuali menjadi trends Hallyu Wave sekarang ni. Makan Korea yang femes sudah tentunya Kimchi,,jeruk kobis bercili yang sesuai dimakan ketika musim sejuk bersama nasi hangat. Di Malaysia,anda boleh cari makanan Korea yang halal, dan yang paling femes adalah di Dubu Dubu Seoul Food di Mid Valley,One Utama dan Berjaya Time Square. Disana penggemar makanan Korea boleh merasa sendiri makanan Korea yang halal





Untuk entri akan datang,saya akan beritahu lebih lagi kenapa Hallyu Wave ni awesome ok?
see you later..

gamsahamida

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...