umm...dah lama ya kita tak bincang pasal Hallyu Wave ni..
Dalam entri-entri lepas kita dah banyak bincangkan kenapa gelombang Hallyu ni tercetus dan menjadi kegilaan remaja di seluruh dunia,bahkan menjadi fenomena.
Dalam Hallyu Wave part 1,kita ada bincangkan yang lagu,filem dan drama korea menjadi tarikan utama Hallyu Wave tercetus manakala dalam entri Hallyu Wave part 2 kita ada bincangkan yang makanan,fashion, bahasa menjadi salah satu tarikan Hallyu Wave terus berkembang dan dalam Hallyu Wave part 3 kita bincangkan yang Tourism,tempat-tempat menarik di Korea dan ikon fashionista,G-Dragon menjadi cetusan gelombang Hallyu.
Dalam entri kali ini,kita akan bincangkan antara Hallyu Wave terus berkembang. :)
FENOMENA DARI KOREA
Tidak disangkal lagi,apabila fenomena di seluruh dunia yang datangnya dari Korea membuka mata dunia tentang hebatnya gelombang Hallyu ni. Pada tahun 2012,fenomena 'Gangnam Style' telah menyekat seluruh masyarakat dunia. Empunya lagu,PSY memberi tahu bahawa sejak lagu dan tarian 'Gangnam Style', orang memandangnya tinggi dan memberi layanan yang baik. Sejak dimuat turun di Youtube sejak 15 Julai 2012, muzik video 'Gangnam Style' telah ditonton sebanyak 1,566,343,970 kali sekali gus mencipta rekod dunia, jumlah tontonan muzik video paling tinggi dalam masa yang singkat.
Selain itu juga,tarian 'Gangnam Style' yang seakan-akan menunggang kuda halimunan menjadi perkara yang kerap dibual. Banyak video parodi yang telah dimuat turun ke laman sosial dan mendapat banyak impak positif. Sejak itu, jutaan masyarakat dunia dari Asia,Amerika,Australia,Eropah telah memparodikan lagu dan tarian 'Gangnam Style'. Tindakan PSY yang mempromosikan lagu 'Gangnam Style' ke Amerika dan Eropah membuatkan demam 'Gangnam Style' semakin bertambah. Diundang ke bual bicara televisyen terkenal, anugerah berprestij dan membuat persembahan di pelbagai tempat melonjakkan nama PSY dan lagunya itu.
Tidak berakhir di situ, fenomena dari Korea terus berterusan. Kali ini,fenomena comel 'Gwiyomi' tercetus pada tahun 2013. Diperkenalkan oleh seorang anak muda,Jung Ilhoon dari kumpulan terkenal BTOB pada 9 Ogos 2012 dalam episode 24,MTV BTOB Diary, Gwiyomi merupakan pergerakan comel dalam mengira nombor. Gwiyomi bermaksud Comel dan orang yang membuat Gwiyomi digelar Gwiyomi player. Dalam rancangan 'Weekly idol',Ilhoon telah memperkenalkannya secara rasmi dan sejak itu,rancangan itu mempunyai segmen 'Gwiyomi' dan telah menjemput Ilhoon untuk mengajar artis-artis lain untuk membuat Gwiyomi. Sejak itu,artis-artis Korea menunjukkan kecomelan mereka dengan melakukan Gwiyomi dengan versi sendiri. Untuk pengetahuan anda,Ilhoon telah menaik-taraf Gwiyomi dari 1+1 hingga 8+8.
Pada 18 Februari 2013,seorang penyanyi wanita indie, Hari telah mengeluarkan 'Gwiyomi Song' yang diinspirasikan oleh Gwiyomi Ilhoon. Lagu tersebut mendapat sambutan yang hangat.
Pada 24 Februari 2013, Gwiyomi Master, Jung Ilhoon telah mengeluarkan 'Gwiyomi Song' dengan liriknya sendiri. Sejak itu, Gwiyomi popular di kalangan peminat kpop terutamanya Melody (nama fanclub BTOB).
Laman web di China,Filipina,Thailand dan negara-negara Asia yang lain memberi kenyataan, pengguna internt yang besar bilangannya telah memuat naik video "Gwiyomi" di Internet. Ini menunjukkan populariti "Gwiyomi" meningkat naik dan terus menaik sejak diperkenalkan pada 2012. The Bangkok Post memberi kenyataan bahawa "Gwiyomi" merupakan video viral fenomena selepas "Gangnam Style".
Bukan popular di negara-negara Asia seperti Filipina dan Malaysia,malah populariti "Gwiyomi" melepasi ngara-negara Eropah dan Amerika.
Jung Ilhoon - Gwiyomi Song
Hari - Gwiyomi Song
KONSERT JELAJAH DUNIA
Konsert jelajah dunia juga antara faktor yang memperhebatkan lagi glombang Hallyu sekarang. Syarikat-syarikat besar ternama di Korea seperti YG Entertainment,JYP Entrtainment,SM Entertainment dan Cube Entertainment melabur duit dengan membuat konsert besar-besaran bagi memperkenalkan dan memperkuatkan pengaruh artis-artis di bawah naugan mereka kepada peminat-peminat di seluruh dunia.
Dengan konsert jlajah dunia,para peminat di luar Korea dapat berinteraksi serta dapat lihat lebih dekat artis-artis kesayangan mereka. Bukan itu saja, dengan adanya konsert jelajah dunia, mereka dapat mempromosi Korea Selatan di mata dunia serta dapat menghangatkan lagi gelombang Hallyu.
Selain daripada konsert,anugerah berpetrij seperti Golden Disk Award dan Mnet Asian Music Award dan jelajah rancangan muzik seperti Music Bank Tour dan Mnet Mcountdown World Tour juga menghangatkan lagi Hallyu Wave ini. Sentiasa mendapat permintaan tinggi menyebabkan penganjur sering melakukan jelajah di luar Korea. Dengan effect cahaya,bunga api,bunyi, dan laser antara penyumbang acara ini berjaya dengan gah. Bagi peminat yang sanggup melabur duit untuk tiket ke acara ini merupakan satu kepuasan untuknya kerana peluang hanya datang sekali.
Dengan adanya promosi seperti ini, Kim yakin Hallyu Wave akan terus bertahan untuk lebih 10 tahun akan datang.
Agak-agak korang la, apa lagi yang akan dibongkarkan dalam Hallyu Wave part 5 akan datang?
Nak tahu?..banyak lagi yang akan diberitahu dalam entri akan datang..so semua buat bersabar ye dan teruskan membaca entri-entri yang lain.
Annyeong :)
No comments:
Post a Comment