Seramkan bunyinya...
Bagi pendapat aku, lagu hantu atau lagu berhantu atau lagu berpuaka ni mengandungi unsur2 keseraman yang terletak pada lirik lagu,irama,intonasi suara penyanyi atau cerita di sebalik lagu tersebut...
Sebenarnya lagu Hantu ni bukan perkara baru bagi bagi masyarakat kita..ia sudah "menghantui" kita sejak dulu lagi~~
Bagi korang yg ade penyakit jantung,strok, or yang tengah mengandung,dan yang penting yang PENAKUT~
saya nasihatkan jangan bukak video2 di bawah ni~
sebabnyer aper..takut2 ape2 perkara yg tak dingini berlaku~nanti korang salahkan aku pulak..
jom check this out antara lagu2 yang dikatakan berPUAKA:-
Cindai - Siti Nurhaliza
Lagu ni dikatakan lagu bunian. Ada yang mendakwa
lagu ini mirip lagu yang dinyanyikan oleh puteri bunian.
Bahkan ada yang mendakwa apabila menyanyi lagu ni sorang2,
akan ade "backup singer" yang turut nyanyi lagu ni sama2 ngan kita
~seram~
Menanti Kekasih - Adla
Lagu ni dikatakan berhantu kerana liriknya yang membawa maksud orang mati
yang mahu kekasihnya mati bunuh diri agar mereka hidup selamanya.
Membuatkan lagu ni bertambah berhantu apabila selepas 3 hari lagu ini dirakamkan,
polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel di Indonesia,tidak pasti sama ada
Alda mati bunuh diri atau dibunuh.. yang pasti Alda mati sebab
overdose dadah. Yang bertambah hairan,selepas forensik membuat pemeriksaan mendapati
Alda sudah mati selama 7 hari sebelum mayatnya dijumpai.. persoalannya :
SIAPA YANG REKOD LAGU INI!!!!
Pengurus tidak tahu lagu ini datang dari mana..tiba2 sudah siap rekod..pelik
Ulek Mayang
Lagu ni merupakan lagu tarian ulek mayang masa Islam baru nak diperkenalkan.
Lagu ini berasal dari Terengganu.Lagu ni dikatakan berhantu kerana lagu ini dahulunya
digunakan untuk merawat orang yang sakit. Dipercayai orang yang sakit dahulu
akibat semangat padi,laut dan macam2 semangat lagi yang marah.
Semasa mengubati pesakit,7 orang wanita akan menari sambil lagu ini dimainkan.
7 orang wanita tersebut yang mewakili 7 orang puteri bunian menghalau semangat supaya pulang
ke tempat asal. Banyak kes mengatakan ade yang kene rasuk
selepas menyanyi lagu ini.
Malaysian Boy - Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac
Lagu ni mendapat perhatian lewat kebelakangan ini. Hal ini disebabkan
kemunculan entiti yang tak diduga muncul pada saat 0.40-0.42 dalam
muzik video tersebut. Bagi aku ni nampak macam edit..
ntahlah..ape pandangan korang?
Pulangkan - Misha Omar
Lagu ni dikatakan berhantu disebabkan liriknya yang menceritakan
dendam pontianak yang mahu kekasihnya pulangkan segala harta miliknya.
Ada yang mendakwa irama lagu ni dikatakan irama lagu bunian.
Gloomy Sunday - King Billius
Lagu ni dikatakan berhantu. Ramai yang mendakwa selepas mendengar lagu
ini,kita akan membunuh diri dan jangan terkejut sebab ramai yang dah bunuh diri
selepas dengar lagu ni termasuk komposer dan isteri beliau.
Yang hairannya,mereka bunuh diri tanpa alasan yang munasabah.
lagu ini juga dikenali sebagai "The Hungarian Suicide Song".
Dikatakan jika anda betul menghayati lagu ni,anda akan dapat
mesej di sebalik lagu ini.
Nak dikatakan banyak la lagu2 yang berentak perlahan atau lirik yang puitis ini dikaitkan dengan bunian,pontianak dan hantu2 lain. Saya pun tak pasti..yang penting jangan tergelincir akidah tu sudah sebab dok terlalu percayakan bende2 karut ni..Waallahualam~:)
Part Malaysian Boy, MTV edit padam kowt. Bayang putih start nak masuk terus masuk clip lain.
ReplyDelete