Tuesday, 19 June 2012

Legoland di Malaysia





Tidak lama lagi Malaysia bakal mempunyai taman tema antarabangsa pertama. Legoland Malaysia bakal dibuka pada hujung tahun ini~! Dan yang paling membanggakan,ia merupakan Legoland pertama di Asia!!.
Legoland Malaysia merupakan Legoland yang ke-6 di dunia dan merupakan Legoland pertama di Asia. Terletak di Johor Bharu,Legoland Malaysia menjadikan ia tempat yang strategik.


map to Legoland Malaysia



Tak sabar rasanya nak pergi ke Legoland Malaysia sebab ia pasti menjanjikan kepuasan dan kebanggaan.
Paling menjadi kebanggaan struktur Lego serta mini-buildings di Legoland mendapat sentuhan anak tempatan sendiri!..wah..menakjubkan. Kini Malaysia menjadi bualan serta banggaan atas kejayaan anak tempatan dalam menyumbangkan hasil tangan kepada taman tema yang bertaraf antarabangsa ini.!!
dan inilah beberapa hasil seni anak-anak tempatan.

                                     












Legoland Malaysia terbahagi kepada beberapa 6 taman tema iaitu:-
  1. Lego City
  2. Lego Technic
  3. Lego Kingdom
  4. Miniland
  5. Imagination
  6. Land of Adventure


Untuk harga tiket,Legoland membahagikannya kepada 2 iaitu Day Ticket (Tiket harian) dan Legoland Annual Pass (Tiket tahunan).Segala infomasi tentang tiket masuk ke Taman Tema Legoland Malaysia,
anda boleh lawati laman sesawang http://www.legoland.com.my/Tickets/
Untuk keterangan lanjut sila kunjungi laman sesawang http://www.legoland.com.my/
dan kunjungi laman Facebook mereka di http://www.facebook.com/LEGOLAND.my
dan laman tweeter di https://twitter.com/LEGOLAND_MY

Apa-apa pun tahniah kepada Malaysia kerana mempunyai taman tema bertaraf antarabangsa dan taman tema Legoland pertama di Asia. Ini membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khususnya dan bakal menarik pelancong dari serata dunia khususnya di Asia. Ini memberi peluang kepada pelancong untuk lebih mengenali Malaysia.
Malaysia Boleh!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...