Thursday 26 December 2013

100 tercantik dunia

The Independent Critics telah menyenaraikan 100 wanita tercantik pada 2013. Siapa yang tersenarai? jom check it out..

The 100 Most Beautiful Faces 2013

100. Rosie Huntington-Whiteley (Britain)
99. Aya Ueto (Japan) 
98. Bella Heathcote (Australia)
97. AnnaSophia Robb (USA)
96. Cynthia Addai-Robinson (Britain - USA)
95. Vanessa Hessler (Italy)
94. Woori (South Korea)
93. Amanda Seyfried (USA)
92. Antonia Iacobescu (Romania)
91. Soo Wincci (Malaysia)
90. Anna Konchakovskaya (Russia)

89. Marcela Guirado (Mexico)
88. Louise Bourgoin (France)
87. Elena Satine (Georgia - USA)
86. Fan Bingbing (China)
85. Meghan Markle (USA)
84. Giulia Arena (Italy)
83. Gabriella Wilde (Britain)
82. E-Young (South Korea)
81. Nora Kubiliute (Lithuania-Australia)
80. Victoria Song (China)

79. Nora Arnezeder (France)
78. Kate Upton (USA)
77. Golshifteh Farahani (Iran)
76. Holly Earl (Britain)
75. Jaekyung (South Korea)
74. Doukissa Nomikou (Greece)
73. Sabine Jemeljanova (Latvia)
72. Carice van Houten (Netherlands)
71. Yoona (South Korea)
70. Mishael Morgan (Trinidad-Canada)

69. Odeya Rush (Israel-USA)
68. Elsa Hosk (Sweden)
67. Maite Perroni (Mexico)
66. Sooyoung (South Korea)
65. Christina Hendricks (USA)
64. Hannah New (Britain)
63. Lizzy (South Korea)
62. Vica Kerekes (Hungary-Slovakia)
61. Monica Bellucci (Italy)
60. Ayumi Hamasaki (Japan)

59. Rose Byrne (Britain)
58. Jurnee Smollett-Bell (USA)
57. Lisa Tomaschewsky (Germany)
56. Haruka Shimazaki (Japan)
55. Kate Winslet (Britain)
54. Kristina Romanova (Russian)
53. Freida Pinto (India)
52. Afërdita Dreshaj (Albania)
51. Rachel Weisz (Britain)
50. Liu Yifei (China)

49. Tone Damli (Norway)
48. Emma Stone (USA)
47. Mila Kunis (Ukraine - USA)
46. Mirei Kiritani (Japan)
45. Keira Knightley (Britain)
44. Malena Costa (Spain)
43. Gianna Jun/Jun Ji-hyun (South Korea)
42. Imogen Poots (Britain)
41. Nozomi Sasaki (Japan)
40. Jennifer Lawrence (USA)

39. IU (South Korea)
38. Kate Beckinsale (Britain)
37. Kerry Washington (USA)
36. Cintia Dicker (Brazil)
35. Kate Bock (Canada)
34. Go Ara (South Korea)
33. Natalie Portman (Israel-USA)
32. Satomi Ishihara (Japan)
31. Sarah Gadon (Canada)
30. Zhu Zhu (China)

29. Laura Haddock (Britain)
28. Megan Young (Philippine-USA)
27. Amber Heard (USA)
26. Lupita Nyong’o (Kenya)
25. Léa Seydoux (France)
24. Song Hye-kyo (South Korea)
23. Tamsin Egerton (Britain)
22. Meagan Tandy (USA)
21. Lily Collins (Britain-USA)
20. Jessica Jung (South Korea-USA)

19. India Eisley (USA)
18. Selena Gomez (USA)
17. Zara Larsson (Sweden)
16. Nathalie Emmanuel (Britain)
15. Alison Brie (USA)
14. Suzy Bae (South Korea)
13. Alexandra Daddario (USA)
12. Deepika Padukone (Denmark-India)
11. Olivia Wilde (USA)
10. Jessica Brown Findlay (Britain)

9. Taeyeon (South Korea)
8. Emma Watson (Britain)
7. Lena Gercke (Germany)
6. Alexandra Joner (Norway)
5. Camilla Belle (USA-Brazil)
4. Emilia Clarke (Britain)
3. Chloë Grace Moretz (USA)
2. Nana (South Korea)
1. Marion Cotillard (Italy)
















Friday 21 June 2013

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Sejak dua menjak ni,negara kita diserang jerebu yang teruk. So kesihatan korang kena jaga dengan baik.

Jerebu tu apa?

Mengikut apa yang tertulis di Wikipedia, Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Apa yang menyebabkan Jerebu?

Antara faktor utama jerebu adalah
1.Pembakaran hutan
2.Pembakaran terbuka
3.Asap dari kenderaan
4.Kebakaran gambut
5.Asap dari perindustrian

Macam mana nak tahu jerbu tu teruk ke tak?

Guna Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengukur tahap keterukkan jerebu itu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:



Bahaya ke Jerebu?

Jerebu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama golongan orang tua,kanak-kanak,pesakit yang mempunyai masalah pengnafasan, dan golongan perokok. Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti :

1. Iritasi kerongkong dan batuk
2. Sukar bernafas dan hidung tersumbat
3. Iritasi pada mata dan mata merah (gatal)
4. Kulit gatal

Apa kesan jerebu pada kita?

Korang akan mengalami kesan jerebu jika terdedah lama pada jerebu dan apa yang korang akan rasai adalah:

1. Mata berair dan pedih
2. Gatal pada kerongkong dan batuk kering
3. Sesak nafas
4. Kerap bersin dan hidung berair
5. Kulit gatal-gatal
6. Dada terasa sakit

Macam mana nak elak dari masalah kesihatan tu?

Senang je nak elak dari masalah kesihatan tu. Just follow this:

1. Jangan keluar rumah 
2. Pakai topeng / mask yang mempunyai penuras (nasal mask)
3. Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motor
4. Mandi selalu
5. Banyakkan minum air masak
6. Makan ubat jika ada masalah pernafasan 
7. Jangan merokok
8. Jangan melakukan pembakaran terbuka
9.Kurangkan aktiviti luar rumah






Stay healthy 

My artwork

saja nak share artwork Kim kat sini. tengok2 lah,beri komen sikit :)









Penghujung Tahun 2

Assalamualaikum semua..apa khabar? sihat? Alhamdullilah..

Pejam celik pejam celik dah penghujung tahun ke-2 Kim kat UMP ni..wah tak sangka masa berlalu dengan pantas sekali. Bagi Kim 2 tahun di UMP ni banyak memberi pengalaman yang bermakna. Ada yang suka tak kurang juga yang duka. Jika diimbas kembali semua pengalaman di UMP, Kim bersyukur kerana pengalaman mematangkan Kim.

Setiap penghujung semester, Final Exam lah yang semua student gementar sedikit. Bukannya apa, kerana melalui exam nilah kami diuji apa yang kami belajar sepanjang semester ini. Bagi Kim Final Exam kali ni Kim diuji dengan dasyatnya. Masa paper pertama Kim jatuh sakit,by the way masa study week dah mula sakit, dan Kim tak buleh fokus pada kertas pertama, namun penyakit tu bertambah baik walaupun tak sembuh sepenuhnya, so Kim boleh fokus sedikit pada kertas kedua. Walau bagaimanapun, Kim dah cuba sedaya upaya untuk berikan yang terbaik pada Final Exam kali ini dan paper ketiga,Kim akan berusaha. Fighting!

Untuk semua student UMP yang lain, Selamat Bercuti dan Enjoy your Holiday!! :)

3rd year I'm Coming!!!


Monday 29 April 2013

Hallyu Wave part 4

Wah,dah lama kita tak bersua..apa khabar semua?...sihat?
umm...dah lama ya kita tak bincang pasal Hallyu Wave ni..
Dalam entri-entri lepas kita dah banyak bincangkan kenapa gelombang Hallyu ni tercetus dan menjadi kegilaan remaja di seluruh dunia,bahkan menjadi fenomena.

Dalam Hallyu Wave part 1,kita ada bincangkan yang lagu,filem dan drama korea menjadi tarikan utama Hallyu Wave tercetus manakala dalam entri Hallyu Wave part 2 kita ada bincangkan yang makanan,fashion, bahasa menjadi salah satu tarikan Hallyu Wave terus berkembang dan dalam Hallyu Wave part 3 kita bincangkan yang Tourism,tempat-tempat menarik di Korea dan ikon fashionista,G-Dragon menjadi cetusan gelombang Hallyu.

Dalam entri kali ini,kita akan bincangkan antara Hallyu Wave terus berkembang. :)

FENOMENA DARI KOREA

Tidak disangkal lagi,apabila fenomena di seluruh dunia yang datangnya dari Korea membuka mata dunia tentang hebatnya gelombang Hallyu ni. Pada tahun 2012,fenomena 'Gangnam Style' telah menyekat seluruh masyarakat dunia. Empunya lagu,PSY memberi tahu bahawa sejak lagu dan tarian 'Gangnam Style', orang memandangnya tinggi dan memberi layanan yang baik. Sejak dimuat turun di Youtube sejak 15 Julai 2012, muzik video 'Gangnam Style' telah ditonton sebanyak  1,566,343,970 kali sekali gus mencipta rekod dunia, jumlah tontonan muzik video paling tinggi dalam masa yang singkat.

Selain itu juga,tarian 'Gangnam Style' yang seakan-akan menunggang kuda halimunan menjadi perkara yang kerap dibual. Banyak video parodi yang telah dimuat turun ke laman sosial dan mendapat banyak impak positif. Sejak itu, jutaan masyarakat dunia dari Asia,Amerika,Australia,Eropah telah memparodikan lagu dan tarian 'Gangnam Style'. Tindakan PSY yang mempromosikan lagu 'Gangnam Style' ke Amerika dan Eropah membuatkan demam 'Gangnam Style' semakin bertambah. Diundang ke bual bicara televisyen terkenal, anugerah berprestij dan membuat persembahan di pelbagai tempat melonjakkan nama PSY dan lagunya itu.



Tidak berakhir di situ, fenomena dari Korea terus berterusan. Kali ini,fenomena comel 'Gwiyomi' tercetus pada tahun 2013. Diperkenalkan oleh seorang anak muda,Jung Ilhoon dari kumpulan terkenal BTOB pada 9 Ogos 2012 dalam episode 24,MTV BTOB Diary, Gwiyomi merupakan pergerakan comel dalam mengira nombor. Gwiyomi bermaksud Comel dan orang yang membuat Gwiyomi digelar Gwiyomi player. Dalam rancangan 'Weekly idol',Ilhoon telah memperkenalkannya secara rasmi dan sejak itu,rancangan itu mempunyai segmen 'Gwiyomi' dan telah menjemput Ilhoon untuk mengajar artis-artis lain untuk membuat Gwiyomi. Sejak itu,artis-artis Korea menunjukkan kecomelan mereka dengan melakukan Gwiyomi dengan versi sendiri. Untuk pengetahuan anda,Ilhoon telah menaik-taraf Gwiyomi dari 1+1 hingga 8+8.

Pada 18 Februari 2013,seorang penyanyi wanita indie, Hari telah mengeluarkan 'Gwiyomi Song' yang diinspirasikan oleh Gwiyomi Ilhoon. Lagu tersebut mendapat sambutan yang hangat.
Pada 24 Februari 2013, Gwiyomi Master, Jung Ilhoon telah mengeluarkan 'Gwiyomi Song' dengan liriknya sendiri. Sejak itu,  Gwiyomi popular di kalangan peminat kpop terutamanya Melody (nama fanclub BTOB).

Laman web di China,Filipina,Thailand dan negara-negara Asia yang lain memberi kenyataan, pengguna internt yang besar bilangannya telah memuat naik video "Gwiyomi" di Internet. Ini menunjukkan populariti "Gwiyomi" meningkat naik dan terus menaik sejak diperkenalkan pada 2012. The Bangkok Post memberi kenyataan bahawa "Gwiyomi" merupakan video viral fenomena selepas "Gangnam Style".

Bukan popular di negara-negara Asia seperti Filipina dan Malaysia,malah populariti "Gwiyomi" melepasi ngara-negara Eropah dan Amerika.


                        Jung Ilhoon - Gwiyomi Song

 
                         Hari - Gwiyomi Song



KONSERT JELAJAH DUNIA

Konsert jelajah dunia juga antara faktor yang memperhebatkan lagi glombang Hallyu sekarang. Syarikat-syarikat besar ternama di Korea seperti YG Entertainment,JYP Entrtainment,SM Entertainment dan Cube Entertainment melabur duit dengan membuat konsert besar-besaran bagi memperkenalkan dan memperkuatkan pengaruh artis-artis di bawah naugan mereka kepada peminat-peminat di seluruh dunia.
Dengan konsert jlajah dunia,para peminat di luar Korea dapat berinteraksi serta dapat lihat lebih dekat artis-artis kesayangan mereka. Bukan itu saja, dengan adanya konsert jelajah dunia, mereka dapat mempromosi Korea Selatan di mata dunia serta dapat menghangatkan lagi gelombang Hallyu.




Selain daripada konsert,anugerah berpetrij seperti Golden Disk Award dan Mnet Asian Music Award dan jelajah rancangan muzik seperti Music Bank Tour dan Mnet Mcountdown World Tour juga menghangatkan lagi Hallyu Wave ini. Sentiasa mendapat permintaan tinggi menyebabkan penganjur sering melakukan jelajah di luar Korea. Dengan effect cahaya,bunga api,bunyi, dan laser antara penyumbang acara ini berjaya dengan gah. Bagi peminat yang sanggup melabur duit untuk tiket ke acara ini merupakan satu kepuasan untuknya kerana peluang hanya datang sekali.





Dengan adanya promosi seperti ini, Kim yakin Hallyu Wave akan terus bertahan untuk lebih 10 tahun akan datang.

Agak-agak korang la, apa lagi yang akan dibongkarkan dalam Hallyu Wave part 5 akan datang?
Nak tahu?..banyak lagi yang akan diberitahu dalam entri akan datang..so semua buat bersabar ye dan teruskan membaca entri-entri yang lain.

Annyeong :)

Saturday 27 April 2013

Activenya Yoseob x)

Sejak dah guna Instagram ni, main vocal kumpulan B2ST,Yoseob memang galak mengupload selcas untuk para peminatnya. Setiap hari,Yoseob-hyung menguploadkan lebih kurang 5-6 gambar untuk tatapan kita semua. Active kan?? hahahaa, walaupun Yoseob sentiasa update, kita boleh lihat yang Yoseob sangat sibuk denga schedulenya,dan yang penting kita boleh tengok yang dia sangat letih.
Ini membuatkan peminatnya sangat sedih.


 
 



walau apa pun,dengan activenya Yoseob mengupload selcas untuk kita,kita kena tetap support dia
Meanwhile, Yoseob tengah prepare untuk solo debutnya di Jepun pada 15 mei 2013 ni. So, B2UTIES, Jom Support Yoseobie-hyung

Bila air tiada

Bila air tiada,memang susah.. -_-
Sejak semalam UMP ni takda air..kalau ada pun lepas untuk amik wuduk je,untuk mandi dan buang air memang tak lepas. Terpaksa la mencari sumber-sumber air yang terdekat.

Tidak tahu punca sebenarnya,katanya paip pecah, entahlah..
Untuk membaik pulih pula mengambil masa sedikit..
umm..sabar je lah untuk 2-3 hari ni

p/s: bila ada air taknak ingat,dah tak da air baru la nak hargai.. :3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...