Friday 21 June 2013

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Sejak dua menjak ni,negara kita diserang jerebu yang teruk. So kesihatan korang kena jaga dengan baik.

Jerebu tu apa?

Mengikut apa yang tertulis di Wikipedia, Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Apa yang menyebabkan Jerebu?

Antara faktor utama jerebu adalah
1.Pembakaran hutan
2.Pembakaran terbuka
3.Asap dari kenderaan
4.Kebakaran gambut
5.Asap dari perindustrian

Macam mana nak tahu jerbu tu teruk ke tak?

Guna Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengukur tahap keterukkan jerebu itu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:



Bahaya ke Jerebu?

Jerebu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama golongan orang tua,kanak-kanak,pesakit yang mempunyai masalah pengnafasan, dan golongan perokok. Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti :

1. Iritasi kerongkong dan batuk
2. Sukar bernafas dan hidung tersumbat
3. Iritasi pada mata dan mata merah (gatal)
4. Kulit gatal

Apa kesan jerebu pada kita?

Korang akan mengalami kesan jerebu jika terdedah lama pada jerebu dan apa yang korang akan rasai adalah:

1. Mata berair dan pedih
2. Gatal pada kerongkong dan batuk kering
3. Sesak nafas
4. Kerap bersin dan hidung berair
5. Kulit gatal-gatal
6. Dada terasa sakit

Macam mana nak elak dari masalah kesihatan tu?

Senang je nak elak dari masalah kesihatan tu. Just follow this:

1. Jangan keluar rumah 
2. Pakai topeng / mask yang mempunyai penuras (nasal mask)
3. Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motor
4. Mandi selalu
5. Banyakkan minum air masak
6. Makan ubat jika ada masalah pernafasan 
7. Jangan merokok
8. Jangan melakukan pembakaran terbuka
9.Kurangkan aktiviti luar rumah






Stay healthy 

My artwork

saja nak share artwork Kim kat sini. tengok2 lah,beri komen sikit :)









Penghujung Tahun 2

Assalamualaikum semua..apa khabar? sihat? Alhamdullilah..

Pejam celik pejam celik dah penghujung tahun ke-2 Kim kat UMP ni..wah tak sangka masa berlalu dengan pantas sekali. Bagi Kim 2 tahun di UMP ni banyak memberi pengalaman yang bermakna. Ada yang suka tak kurang juga yang duka. Jika diimbas kembali semua pengalaman di UMP, Kim bersyukur kerana pengalaman mematangkan Kim.

Setiap penghujung semester, Final Exam lah yang semua student gementar sedikit. Bukannya apa, kerana melalui exam nilah kami diuji apa yang kami belajar sepanjang semester ini. Bagi Kim Final Exam kali ni Kim diuji dengan dasyatnya. Masa paper pertama Kim jatuh sakit,by the way masa study week dah mula sakit, dan Kim tak buleh fokus pada kertas pertama, namun penyakit tu bertambah baik walaupun tak sembuh sepenuhnya, so Kim boleh fokus sedikit pada kertas kedua. Walau bagaimanapun, Kim dah cuba sedaya upaya untuk berikan yang terbaik pada Final Exam kali ini dan paper ketiga,Kim akan berusaha. Fighting!

Untuk semua student UMP yang lain, Selamat Bercuti dan Enjoy your Holiday!! :)

3rd year I'm Coming!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...