Sunday 12 February 2012

Jasad dan hatiku

Jasadku di Pahang tetapi hatiku tetap di Seremban~~

begitu rindunyer aku kat Seremban~~(TAT)
sebenarnye berat rase hatiku untuk meninggalkan Seremban namun apakan daya~semester 2 dah nak bermula~so terpaksalah tinggalkan Seremban walaupun aku dapat luangkan masa selama 1 bulan bersama keluarga tercinta dan sahabat yang kurindui~~

sepanjang cuti semester 1 selama 1 bulan~aku cukup happy bile dapat luangkan masa ngan family~and lepak2 dengan kawan lama yang sudah lama tak jumpa~~

walau apa2 pun~semester 2 bermula esok! (13 jan 2012)..aku akn tebus balik kesalahan aku balik!!
ya aku berjanji!!~~FIGHTING!!!!!

Saturday 11 February 2012

Nostalgia part 2

Dalam post yang lepas~kita telah pergi ke zaman 90-an dimana kita mengimbau kembali jajan atau makanan ringan yang popular ketika itu dan permainan yang menjadi nostalgia kita semua warga 90-an~~:)
melihat gambar2 tersebut sedikit sebanyak mengundang tawa ria apabila teringat peristiwa ketika zaman2 kanak-kanak dahulu...indah bukan~ya ia begitu indah sehingga sukar dilupakan hingga ke hari ni..
sekali lagi mari kita mengembali memori dan nostalgia indah zaman kanak 90-an dahulu~buat yang melalui zaman kanak2 pada tahun 1990-an~mari kita 'pulang' ke zaman 90-an..

buat kanak2 zaman 90-an,anda tentu ingat cerita kartun yang popular ketika itu bukan?..ada yang lupa?..ada yang ingat-ingat lupa?..hahaa...tidak mengapa..mari kita lihat pics yang saya sajikan bagi mengambilan memori kanak2 semula...antara kartun2 popular zaman 90-an adalah:


Dragon Ball~menjadi fenomena~mempunyai banyak episode~
Dragon Ball memang the best!!


Along Bijak~!!..sape yang ingat?.hehehe..
rancangan kanak2 berunsurkan Ilmiah~:)


Barney & friends~
ingat tak lagu die?
"I love you~you love me~we r happy family.."



sampai sekarang peminat no.1 kucing robot biru ni~!!
Doraemon~!!..ditayangkan sehingga kini..menjadi fenomena



detektif terkenal dulu ni~~Joe Jambul~!!




He-man~~lelaki gagah perkasa~




siri penyiasatan popular dari dulu hingga kini~~Scobby Doo~~



superhero gila-gila dari Malaysia~
Keluang-man dan Tiong-man~~:)



5 beradik popular dari keluarga Sidek~
menceritakan kisah zaman kanak2 pemain badminton negara~
Anak-anak Sidek~:)



Mojacko~cool..:))
comel



wirawati dari bulan~
Sailormoon~


Power Rangers~
menentang alien dan raksasa
popular awal 90an



Tomatoman~:D



Masked Rider Black atau lebih dikenali sebagai 
Satria Baja Hitam~



Cybercops~Polis cyber yang super duper cool~:)



Gaban!!
Awesome~!


Hugo~sape ingat?



Cerita kanak2 yang popular dari dulu~Sesame Street~



Silver Hawks~



TMNT~
Kura2 Ninja


Teletubbies~hello~
comel~~!!!


Usop Sontorian kisah budak kampung yang popular ketika 90-an~~



Voltron~popular ketika zaman 90-an



X-men~popular dari dulu lagi~



Keluarga Yogies~juga popular ketika dulu
keluarga telur yang tinggal di dalam hutan


Pokemon~popular lewat 90-an


Digimon~menjadi fenomena lewat 90-an



hah~ada yang masih ingat?..hahha...cerita kartun pada masa itu memang terbaik bukan?..sebenarnya terdapat lagi cerita kartun yang popular masa itu dan ini adalah sebahagian sahaja~hah..apa lagi lepas ni pergi download la cerita2 ni semua~simpan...nanti boleh tunjuk kat anak nanti~~heheheee

hah~ada lagi!..ingat lagi tak barang2 pada zaman 90-an dulu~~kalau nak dapatkan sekarang ni mungkin masih ada lagi tapi tak banyak~dan mungkin iannya sudah tiada lagi?..hah..mari kita imbau kembali nostalgia kita semua~:


pensel warna Luna sering digunakan pada waktu sekolah rendah~



TV~hah~sekarang kebanyakkan rumah mungkin sudah tidak menggunakan
TV jenis ini lagi~~kebanyakkannya sudah beralih menggunakan
TV jenis LED yang nipis~:)..memori


sebelum terciptannya CD,DVD,Blue-ray~kita semua pernah
menggunakannya bukan?..yup Tape!..hehe
rindu benda ni~


Walkman~ya..sekarang mungkin sudah tiada sebab sekarang ni 
sudah beralih menggunakan ipod nano,mp3 dan sebagainnya yang canggih



Brick Game~permainan popular ketika dulu~
menjadi memori bukan?..\



Kaset!~yaa...siapa yang pernah gunakannya?
hahahaha..teringat zaman 90an dulu~~:)



Sharpener yang besar ni siapa yang tak ingat bukan?



gam kanji ni selalu guna masa sekolah rendah dulu~>_<~


Pensel Box yang bertingkat-tingkat~hahhaa..
angkat tangan siapa yang pernah guna pensel box ni 
masa sekolah rendah dulu?..hehhe..ramainyerr



hahaha...yang ini tak boleh lupa...kad nama
bajet ade business la time tu~kene tempah dulu ni
setiap sekolah ada ajen untuk kad ni~:)


pensel shaker~popular dulu dan dikatakan pensel paling mahal (time tu je la)
siap ade koleksi lagi tu~


pemadan yang banyak untuk game lawan pemadam~~
pemadam harus berkualiti~untuk menang!..hahaa
pemadam bercetak macam ni ade lagi ker?



macam mane??..teringat zaman kanak2 bukan~hahahaa...zaman kanak2 sememangnya tidak boleh dilupakan dari dulu lagi~~kalau boleh nak maintain kanak2 jer...hahaha...happy selalu~~
zaman kanak2 dahulu memang penuh keseronokkan kerana penuh aktiviti yang sihat seperti bermain galah panjang atau kejar-kejar...pada pendapat saya la,kanak2 sekarang tidak seaktif dahulu..ini mungkin disebabkan teknologi yang semakin maju dan canggih,oleh itu tidak perlu kejar-mengejar..cukup sahaja bermain video game di bilik mahupun beronline di bilik sepanjang hari~~ini adalah salah..kanak2 sekarang seharusnya aktif bagi menjana minda yang cerdas dan tubuh badan yang cergas~oleh itu..permainan tradisional perlulah diperkenalkan semula kepada kanak2 zaman millenium sekarang~~zaman kanak2 sekarang tidak seseronok dahulu~tidak seindah dahulu~kita bertuah kerana dapat merasai zaman2 indah tersebut~:)

akhir kata

rindu 90an.. :')


Lil' Me









Friday 10 February 2012

Hallyu Wave part 3

wah..dah lame kita tak bincang pasal virus Korea yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini..
virus yang menyebabkan satu dunia sekarang ni tengah demam kpop~~

ape yang menyebabkan gelombang kpop ni melanda ni ek??
Dalam part 1 dulu kite ade bincangkan tentang korean entertainment iaitu music kpop dan drama korea yang memperkenalkan korea ke mata dunia seterusnya menjadi pencetus gelombang Hallyu~
manakala dalam part 2 pula kim jugak ade menyatakan bahawa korean language,fashion,korean people dan korean food adalah punca Hallyu wave terus menggelora~

so what's next?~apa lagi yang menyebabkan Hallyu Wave terus bertahan?

VISIT KOREA YEAR


Yup..tahun 2010-2012 merupakan tahun melawat Korea~usaha kerajaan Korea untuk menarik ramai pelancong asing ke Korea adalah melalui acara tahun melawat Korea~usaha kerajaan Korea dibantu dan diperhebatkan lagi dengan music kpop yang telah menawan orang2 di seluruh dunia~selain itu acara2 tahunan dalam kalendar Korea seperti sambutan Lunar new year dan music tahunan juga menarik pelancong2 asing untuk datang ke Korea..



Korea mempunyai 4 musim dimana ia beriklim benua lembap dan iklim subtropika lembap yang dipengaruhi monsun Asia Timur~oleh itu cuaca kat Korea adalah sejuk~:)) sesuai untuk tujuan perlancongan~:)
selain daripada acara2 tahunan yang menarik~Korea mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Antara destinasi popular yang menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong warga asing adalah seperti :-

N SEOUL TOWER



View dari N Seoul Tower~cantikkan?..






N Seoul Tower during night 



N Seoul Tower during day~:)


JEJU ISLAND


Jeju Island 



Jeju Island's beach


Cheonjiyeon waterfall on Jeju Island


 Cheonjiyeon waterfall on Jeju Island




Halla Mountain in Jeju


NAMI ISLAND


Beautiful Nami Island


Nami Island~:)






Nami Island menjadi pengambaran drama korea popular iaitu Winter Sonata. 
Pelakon utama drama tersebut iaitu Choi Ji-woo dan Bae Yong Joon telah 
diberi penghormatan apabila tugu gangsa mereka dibina.Nami Island menjadi popular
disebabkan kecantikkan alam semulajadinya dan drama Winter Sonata


salah sepohon pokok yang terdapat di Nami Island apabila 
musim luruh tiba


Nami Island ketika musim salji~~



BANPO BRIDGE



sebuah jambatan yang menghubungkan Seocho dan Yongsan melalui 
Sungai Han


Jambatan ni memancutkan air dari Sungai Han~pada waktu malam ia kelihatan cantik
apabila lampu dipancarkan


Banpo Bridge di Seoul


EVERLAND THEME PARK


Everland theme park dibahagikan kepada 5 theme park
iaitu Zootopia,global fair,american adventure
magic land dan european adventure


Everland menjanjikan keseronokan yang tak terhingga


snow festival di Everland Theme park


caribbean bay di Everland merupakan taman tema air


persembahan yang menghiburkan disajikan kepada pengunjung


roller coaster yang diperbuat daripada kayu merupakan antara
tarikan istimewa di Everland


T Express, roller coaster kayu di Everland


Harimau putih yang terdapat di Zootopia,Everland Theme Park


bunga-bunga yang cantik di Everland


Bunga-bunga segar


antara permainan yang mendapat sambutan di Everland Theme Park





Selain daripada tempat2 diatas,terdapat banyak lagi tempat2 menarik yang menjadi tumpuan pelancong asing mahupun pelancong dari Korea sendiri.Pada tahun  lepas CNN GO.com telah menyenaraikan 50 sebab Seoul menjadi bandar yang hebat,check this out di sini.Tempat-tempat ini menjadikan Korea sebagai destinasi yang harus dilawati. Tempat-tempat ini menjadikan gelombang Hallyu terus berkembang~:)

                                 

                            SEOUL - Girls Generation and Super Junior






FASHIONISTA, G-DRAGON



Kwon Ji Yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon merupakan ketua kumpulan Big Bang,artis di bawah naungan syarikat YG Entertainment.G-Dragon dilahirkan pada 18  Ogos 1988.G-Dragon merupakan artis,model,produser,komposer,penulis lirik yang berpengaruh di industri musik Korea. G-dragon telah mendaftarkan lebih 100 buah lagu hasil cipataannya pada copyrights association!!...CNN.GO.com telah menyenaraikan G-Dragon sebagai antara reasons Korea sebagai bandar terhebat dan kumpulan Big Bang yang diketuai oleh G-dragon juga antara reason perlu melawat Korea. 


Bigbang dari kiri: Daesung,G-Dragon (GD),Taeyang,T.O.P dan Seungri

Bigbang yang diketuai olehnya telah menjadi satu ikutan di dunia...hal ini terbukti apabila Bigbang menang "Best Worldwide Act" di MTV's 2011 European Music Award dan mengalahkan artis popular Britney Spears!!..Tahniah diucapkan kepada BigBang kerana mewakili Asia~!!!....selain daripada itu juga G-dragon dikenali sebagai ikon fesyen di Korea.fesyen yang digayakan olehnya menjadi trends malah fenomena di Korea..fesyen yang digayakan olehnya amat sesuai digayakan oleh remaja sepertinya..














G-dragon fashionista di Korea


G-dragon merupakan anak muda yang berjaya di Korea. G-dragon merupakan top 3 JUTAWAN HARTANAH DALAM INDUSTRI HIBURAN!!!~~WOW..G-dragon mempunyai kereta mewah yang berharga lebih kurang $254,000 iaitu Bentley Continental GT~~OMG~~


Bentley Continental GT yang dimiliki oleh G-dragon


G-dragon tinggal di satu unit kondominium elit dan mewah di Seoul yangdianggarkan lebih kurang 1/2 juta kwon !!!..



G-dragon merupakan idol yang berjaya di Korea~!..tidak salah jika dikatakan bahawa G-dragon antara pencetus gelombang Hallyu..






G-dragon-Heartbreaker MV




Bigbang-Tonight MV





nak tahu apa lagi pencetus gelombang Hallyu di dunia sekarang ni lagi?..nantikan 
virus Korea melanda part 4 akan datang~~:))






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...