Wednesday, 14 March 2012

Admin

Wah peningnnyer bile jadi Admin untuk 4 group dalam satu2 masa kat Facebook...urghh...nak layan sana nak layan sini...=_=''..nasib baik ade pembantu tak berbayar..hahaha

Memang memenatkan jadi admin,terutama jadi admin untuk Korea Box, sebab kene selalu update news about Korean Entertainment...kalau tak update nanti ramai yg leave group...x popular la...hahhahahaa... Tambah-tambah group ni ade fans dari luar negara seperti Turki dan Indonesia..kene jage reputasi la.. kene speaking la..hahha..kalau tak,diorang tak faham..^^

Sejak aku jadi admin ni,ramai yg add aku sebagai friend diorang,and aku bertambah popular (perasan)..
so aku dapat ramai kawan la..

selain tu aku dapat gak berkongsi-kongsi idea,pendapat dan dapat menambahkan skill,terutama di Kartunis Siswa, sebuah group yang mengumpulkan pelukis dan Kartunis yang berbakat dari kalangan Mahasiswa di seluruh Malaysia...

selain tu aku jadi admin untuk mengumpulkan kawan2 lama aku dan kawan2 baru aku,so senang la aku nak berinteraksi dengan diorang..huhu..orang kate nanti tak lost contact..^^

Menjadi admin untuk sesebuah organisasi atau group ni memang bukan kerja mudah,saya akui..Azam yang tinggi dan komitmen yang penuh mesti ade dalam diri selain dari sifat kepimpinan tu perlu ada...kalau tiada, organisasi atau group/kumpulan tersebut mungkin berpecah,kelam kabut atau timbul isu2 kurang menarik.. so nak dikatakan jadi admin bukan kerja senang,memang kerje susah..hhahahaa...

selain itu juga, sifat peramah dan alert dengan keadaan dalam kumpulan/group/organisasi itu perlu ade, jika tidak ahli-ahli group tersebut tidak akan menghormati anda sebagai ketua atau admin..Kita perlu tegas dalam mentadbir group tu supaya group tersebut berpecah-belah.

Selain itu anda perlu juga berpengetahuan luas dalam "genre" group tersebut seperti entertainment atau hobi...
Sebagai contoh, anda perlu berpengetahuan dalam bidang entertainment jika group anda berunsurkan berita hiburan dan contoh lain juga adalah anda minat dengan "Angry Birds",andaa mesti tahu selok belok permainan tersebut dan games tersebut...^^...lebih tepat adalah anda mesti tahu apa yang korang handle supaya nanti ahli/members tak bosan atau mendapat info yang salah..anda tidak mahu ditertawakan bukan?..
so knowledge is important if you're an admin...

dah macam abang or akak kat kaunter pertanyaan aku ni..hahahaa...
SHARING IS CARING right?..hehhee
pe salahnye aku kongsi2 pendapat untuk korang yang bercadang mahu menjadi admin tu..
so jadilah admin yang baik dan berkaliber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...